Dua parti itu dijangka berdepan kesukaran meraih sokongan pengundi sepanjang kempen PRN Johor, jika Perikatan Nasional terus berpecah.Dua parti itu dijangka berdepan kesukaran meraih sokongan pengundi sepanjang kempen PRN Johor, jika Perikatan Nasional terus berpecah.

Kempen berasingan PAS-Bersatu akan jejas keyakinan pengundi, kata penganalisis

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
pas bersatu calon tile pic 29626PAS dan Bersatu berkempen secara berasingan pada PRN Johor, walaupun calon dua parti itu bertanding atas tiket Perikatan Nasional.

PETALING JAYA: Gabungan politik yang berpecah belah dan dilanda pergolakan dalaman sukar meyakinkan pengundi dalam pilihan raya, kata penganalisis Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia.

Azmil TayebAzmil Tayeb.

“Bagaimana sebuah gabungan berpecah belah mampu mentadbir dengan berkesan dan menyelesaikan isu sebenar dihadapi rakyat, jika ia tidak dapat menyelesaikan pertikaian dalamannya? Ini yang difikirkan pengundi,” katanya kepada FMT ketika mengulas keputusan PAS dan Bersatu berkempen secara berasingan, walaupun calon dua parti itu bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Zaharuddin Sani Ahmad SabriAhmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting turut senada pengundi akan meragui kemampuan PAS dan Bersatu, yang tidak berkempen bersama, mentadbir sebagai sebuah gabungan.

“Isu ini penting bagi pengundi Johor kerana negeri itu mempunyai pengundi yang pelbagai, merangkumi kawasan bandar, perindustrian dan luar bandar. Mereka bukan sahaja menilai siapa calon terbaik, tetapi juga siapa yang dilihat paling bersedia dan stabil untuk menerajui kerajaan negeri.”

Tawfiq YaakubTawfik Yaakub.

Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya berkata, pergolakan dalaman PN hangat dibincangkan pengundi yang menurutnya sudah bosan dengan ketegangan antara pemimpinnya.

“Rakyat mahu perhatian daripada pemimpin mereka, bukan dibebani pertikaian dalaman parti yang tidak memanfaatkan mereka,” katanya kepada FMT.

Hisommudin Bakar dari Ilham Centre berkata, kempen berasingan akan mengurangkan keberkesanannya di lapangan, dengan sumber dikongsi berkurangan, koordinasi akar umbi yang lemah dan capaian pengundi kurang berkesan.

Hisommudin BakarHisommudin Bakar.

“Akhirnya, ia menjadi lebih sukar untuk meyakinkan pengundi atas pagar bahawa parti itu mewakili kerajaan alternatif boleh dipercayai.”

Jumaat lalu, Presiden PAS, Hadi Awang menolak dakwaan perpecahan politik antara PAS dan Bersatu merupakan taktik untuk meningkatkan peluang pilihan raya PN.

Keesokannya, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan berkata, jentera pilihan raya parti itu di DUN ditandingi Bersatu telah dipindahkan ke kerusi ditandingi PAS dan komponen PN lain.

Siapa lebih rugi?

Tawfik berkata, Bersatu mungkin lebih terjejas akibat persepsi pengundi terhadap PN susulan “kecederaan serius” daripada penyingkiran bekas timbalan presiden, Hamzah Zainudin dan penyokongnya.

“Jentera parti itu hampir lumpuh. Kini, ia tidak bekerjasama secara rasmi dengan PAS dan sedang mencari rakan politik baharu belum diuji seperti Ikatan Prihatin Rakyat.

“Saya menjangkakan Bersatu mungkin kehilangan banyak kerusi disebabkan disebabkan situasi ini.”

Zaharuddin berkata, PAS membina kekuatannya berdasarkan rangkaian akar umbi yang telah lama bertapak di Johor, manakala Bersatu lebih bergantung kepada kekuatan keseluruhan PN.

“Tetapi, PAS tidak terlepas daripada sebarang risiko. Jika pengundi melihat ketidakseimbangan kuasa dalam PN, ia boleh menimbulkan persoalan sama ada gabungan itu benar-benar mempunyai hala tuju bersama,” katanya.

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0.00002746
$0.00002746$0.00002746
+4.56%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.