Lee Chean Chung berkata beliau kekal sebagai ahli PKR dan akan terus berkhidmat di Dewan Rakyat sehingga Parlimen dibubarkan.Lee Chean Chung berkata beliau kekal sebagai ahli PKR dan akan terus berkhidmat di Dewan Rakyat sehingga Parlimen dibubarkan.

Ahli Parlimen PJ letak jawatan pimpinan pusat PKR

2026/06/12 11:00
Okuma süresi: 2 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Lee Chean ChungKeputusan Lee Chean Chung dibuat seminggu selepas beliau kehilangan akses kepada MyKhas iaitu portal yang menguruskan peruntukan Ahli Parlimen.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR iaitu badan pembuat keputusan tertinggi parti.

Dalam hantaran di Facebook, Lee berkata beliau kekal sebagai ahli PKR dan akan terus berkhidmat di Dewan Rakyat sehingga Parlimen dibubarkan.

Keputusan Lee meninggalkan MPP dibuat seminggu selepas beliau kehilangan akses kepada MyKhas iaitu portal yang menguruskan peruntukan Ahli Parlimen.

Lee juga antara Ahli Parlimen PKR hadir pelancaran Parti Bersama Malaysia pada 17 Mei, yang diambil alih oleh bekas pemimpin PKR Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dalam kenyataannya, Lee mengimbau 18 tahun bersama PKR, termasuk pernah berkhidmat sebagai pegawai penyelidik di pejabat presiden parti merangkap Perdana Menteri Anwar Ibrahim, memenangi kerusi DUN Semambu pada 2013, kemudian memegang beberapa jawatan seperti bendahari agung dan pengarah komunikasi.

Beliau turut menekankan penglibatannya dalam beberapa kempen parti, termasuk #KitaLawan serta usaha untuk mendapatkan pembebasan Anwar selepas dipenjarakan pada 2015.

Lee berkata, pengundi di Petaling Jaya telah dihukum pada 29 Mei apabila aksesnya kepada sistem MyKhas dibatalkan, menyebabkan tidak lagi dapat meneruskan urusan peruntukan kawasan dan program mesra rakyat.

Beliau berkata, PKR masih belum memberikan penjelasan rasmi kepadanya atau pengundi kawasan terbabit mengenai tindakan itu, dan hanya seorang timbalan setiausaha agung membuat kenyataan media menyatakan bahawa ini adalah akibat daripada pilihan politik.

“Tuntutan saya sangat mudah. Saya berharap parti dapat memberikan satu penjelasan yang munasabah,” katanya.

“Sekiranya saya mengidamkan sumber dan kemudahan, saya tidak akan menyertai demonstrasi tanpa ragu-ragu sebaik Anwar dipenjarakan, sehingga hampir kehilangan kedudukan sebagai wakil rakyat dan pencen saya sendiri ketika itu.

“Begitu juga pada hari ini. Jikalau apa yang saya mahu hanyalah peruntukan, boleh sahaja saya memilih untuk berdiam diri seperti ramai yang berada dalam parti, agar semua berjalan lancar seperti biasa, seolah-olah tiada kesilapan yang perlu diperbetulkan.”

Piyasa Fırsatı
Love Earn Enjoy Logosu
Love Earn Enjoy Fiyatı(LEE)
$1
$1$1
0.00%
USD
Love Earn Enjoy (LEE) Canlı Fiyat Grafiği

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage