KTMB zegt dat passagiers die getroffen worden door vertragingen van meer dan twee uur een volledige terugbetaling van het tarief kunnen krijgen, als ze ervoor kiezen hun reis niet voort te zetten.KTMB zegt dat passagiers die getroffen worden door vertragingen van meer dan twee uur een volledige terugbetaling van het tarief kunnen krijgen, als ze ervoor kiezen hun reis niet voort te zetten.

KL-JB-KL ETS-diensten hervat, na het ervaren van vertragingen

2026/06/14 18:29
2 min lezen
Voor feedback of opmerkingen over deze inhoud kun je contact met ons opnemen via crypto.news@mexc.com
ETS 3 JB-KL KTMBKTMB menyatakan bahawa gangguan perkhidmatannya disebabkan oleh kerosakan pada peralatan talian atas di Km458.872, antara stesen Tiroi dan Seremban. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pembaikan peralatan talian atas berikutan gangguan di Km458.872, antara stesen Tiroi dan Seremban, telah selesai dilakukan bagi membolehkan perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) menyambung semula operasi.

Walau bagaimanapun, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), dalam satu kenyataan, berkata beberapa perkhidmatan ETS pada laluan KL Sentral-JB Sentral-KL Sentral akan terus mengalami kelewatan sementara sebelum jadual kembali normal.

KTMB berkata setakat pukul 3.30 petang hari ini, lapan perkhidmatan ETS masih mengalami kelewatan, iaitu kereta api EX9573 yang lewat tiga jam 34 minit, EP9524 (dua jam 35 minit), EP9326 (satu jam 40 minit), dan EP9428 (25 minit).

Kereta api yang turut mengalami kelewatan ialah EP9323 (dua jam 11 minit), EG9343 (satu jam 14 minit), EG9442 (dua jam 51 minit) dan EX9575 (satu jam).

Menurut KTMB, penumpang ETS yang terjejas akibat kelewatan kereta api melebihi dua jam dan memilih untuk tidak meneruskan perjalanan boleh mendapatkan bayaran balik tambang penuh di kaunter tiket.

"Sebagai langkah prihatin dan bagi mengurangkan kesulitan yang dialami oleh penumpang, KTMB turut menyediakan makanan dan minuman ringan kepada penumpang yang terjejas bagi perkhidmatan kereta api yang mengalami kelewatan lebih daripada dua jam sebagai tanda penghargaan atas kesabaran dan kerjasama mereka sepanjang gangguan berlaku," kata kenyataan itu.

Selain itu, anggota polis bantuan KTMB bersama-sama kakitangan operasi di stesen Seremban turut membantu mengurus pergerakan penumpang dan menyediakan maklumat terkini bagi memastikan pengendalian penumpang yang terjejas berjalan lancar.

Menurut KTMB, sebaik sahaja gangguan dikenal pasti, notifikasi awal telah dihantar melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) kepada penumpang yang terjejas untuk memaklumkan mereka mengenai status semasa dan jangkaan kelewatan bagi membolehkan mereka merancang perjalanan dengan lebih baik.

"KTMB kini sedang memantau pergerakan kereta api dengan teliti bagi memastikan jadual operasi dipulihkan sepenuhnya secepat mungkin," kata kenyataan itu.

Marktkans
Notcoin logo
Notcoin koers(NOT)
$0.000474
$0.000474$0.000474
-2.36%
USD
Notcoin (NOT) live prijsgrafiek

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: De artikelen die op deze site worden geplaatst, zijn afkomstig van openbare platforms en worden uitsluitend ter informatie verstrekt. Ze weerspiegelen niet noodzakelijkerwijs de standpunten van MEXC. Alle rechten blijven bij de oorspronkelijke auteurs. Als je van mening bent dat bepaalde inhoud inbreuk maakt op de rechten van derden, neem dan contact op met crypto.news@mexc.com om de content te laten verwijderen. MEXC geeft geen garanties met betrekking tot de nauwkeurigheid, volledigheid of tijdigheid van de inhoud en is niet aansprakelijk voor eventuele acties die worden ondernomen op basis van de verstrekte informatie. De inhoud vormt geen financieel, juridisch of ander professioneel advies en mag niet worden beschouwd als een aanbeveling of goedkeuring door MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel