Kementerian Pertahanan berkata sasaran perancangan projek LCS ialah 85.21%.Kementerian Pertahanan berkata sasaran perancangan projek LCS ialah 85.21%.

Projek LCS catat kemajuan fizikal 78.1%

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
lcsKementerian Pertahanan berkata keputusan kerajaan Norway membatalkan lesen eksport sistem peluru berpandu antikapal kepada Malaysia tidak menjejaskan jadual penyerahan LCS seperti dijamin Lumut Naval Shipyard.

KUALA LUMPUR: Projek kapal tempur pesisir (LCS) mencatat kemajuan fizikal 78.1% sehingga 31 Mei lalu berbanding sasaran perancangan 85.21%, dengan perbezaan 7.11%.

Kementerian Pertahanan (Mindef) memaklumkan projek pembinaan aset pertahanan negara untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu juga mencatatkan jumlah perbelanjaan keseluruhan RM8.457 bilion, iaitu 76.2% daripada nilai keseluruhan projek.

“Keputusan kerajaan Norway membatalkan lesen eksport sistem naval strike missile (NSM) kepada Malaysia tidak memberi kesan kepada jadual penyerahan kapal LCS seperti yang telah dijamin oleh Lumut Naval Shipyard kepada Mindef,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.

Kementerian itu menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berhubung status terkini projek LCS, jumlah keseluruhan dana awam dibelanjakan sehingga 31 Mei lalu, kos tambahan yang masih diperlukan untuk menyiapkan projek serta jaminan kapal pertama dapat diserahkan kepada TLDM pada Disember ini.

Mindef memaklumkan LCS masih mempunyai pelbagai keupayaan seperti peperangan antikapal selam, peperangan antiudara dan elektronik serta combat management system (CMS) yang mengintegrasikan semua keupayaan itu dengan sistem radar dan pengesan kapal.

“Pada masa sama, kementerian melalui TLDM sedang mengambil segala langkah bagi memastikan keupayaan surface-to-surface missile kapal LCS dapat dipulihkan melalui penyelesaian terbaik.”

Sebelum ini, kerajaan Norway dilapor membatalkan lesen eksport NSM kepada Malaysia atas alasan melindungi kepentingan keselamatannya, yang menyebabkan Mindef menghantar notis tuntutan kira-kira RM1 bilion kepada syarikat pertahanan terbabit.

Menteri Pertahanan, Khaled Nordin dilaporkan berkata, isu itu tidak menjejaskan tarikh penyerahan LCS milik TLDM yang dalam pembinaan.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs