Kerjasama YTL AI Labs dan Yes membolehkan pelanggan talian telekomunikasi itu menikmati akses kepada ILMUchat.Kerjasama YTL AI Labs dan Yes membolehkan pelanggan talian telekomunikasi itu menikmati akses kepada ILMUchat.

Akses ILMUchat diperluas kepada 3 juta pengguna Yes

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Foong Chee Mun pada sesi penerangan kerjasama YTL AI Labs dan Yes berkait akses ILMUchat

KUALA LUMPUR: Makmal Kecerdasan Buatan (AI) YTL Power International Bhd (YTL AI Labs) menjalin kerjasama dengan pengendali mudah alih Yes milik YTL Communications untuk memperluas akses rakyat Malaysia kepada teknologi AI menerusi ILMUchat, AI Malaysia.

Dalam satu kenyataan, YTL AI Labs dan Yes berkata ILMUchat yang dibangunkan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia menggabungkan keupayaan AI bertaraf dunia dengan pemahaman mendalam terhadap bahasa, budaya dan konteks tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL AI Labs Foong Chee Mun berkata kerjasama itu merupakan satu pencapaian penting apabila ILMUchat kini boleh diakses oleh lebih tiga juta pengguna di seluruh negara menerusi Yes, sekali gus meletakkan syarikat telekomunikasi itu sebagai telco berteraskan AI yang pertama di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications Wing K. Lee berkata dengan menawarkan akses percuma kepada ILMUchat Pro, syarikat itu memastikan jutaan rakyat Malaysia dapat memanfaatkan kemajuan terkini dalam teknologi AI yang dibangunkan di Malaysia.

“Jika anda masih belum menjadi pelanggan Yes, anda kini boleh menikmati rangkaian paling maju di Malaysia yang digandingkan dengan AI berdaulat Malaysia, bermula serendah RM10 menerusi pek permulaan prabayar Yes 5G Advanced,” katanya.

Menurut kenyataan itu, selain menjana teks, pengguna juga boleh menghasilkan slaid pembentangan, poster serta membangunkan aplikasi mini dan permainan secara terus menerusi ILMUchat.

Pengguna turut boleh menggunakan ILMUchat untuk menyediakan surat, cadangan perniagaan dan mesej, sebelum menghantarnya terus melalui WhatsApp atau e-mel hanya dengan satu klik.

ILMUchat kini boleh diakses menerusi laman web, Apple App Store, Google Play Store dan aplikasi MyYes, manakala pelan ILMUchat Pro yang menawarkan akses tanpa had kepada ciri-ciri lanjutan disediakan pada harga RM50 sebulan.

Market Opportunity
Gensyn Logo
Gensyn Price(AI)
$0.02252
$0.02252$0.02252
-2.17%
USD
Gensyn (AI) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order