Bagaimanapun, Asrul Sani berpendapat kekangan terbesar 'Blok Progresif' bukan ideologi tetapi pengaruh.Bagaimanapun, Asrul Sani berpendapat kekangan terbesar 'Blok Progresif' bukan ideologi tetapi pengaruh.

Perbezaan ideologi jadi halangan kerjasama Muda-PSM berkembang, kata penganalisis

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
MUDA PSMBaru-baru ini Muda dan PSM mengumumkan pembentukan kerjasama politik dikenali sebagai Blok Progresif yang menawarkan kepada pengundi satu platform sama yang berteraskan dasar-dasar progresif.

PETALING JAYA: Perbezaan ideologi merupakan halangan utama yang menghalang Muda dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) daripada menjalin pakatan dengan parti-parti lain, menurut seorang penganalisis.

Naib Presiden Bersekutu The Asia Group, Asrul Sani, berkata walaupun kedua-dua parti menganggap diri mereka sebagai ‘progresif’, falsafah politik yang berbeza menjadikan kerjasama yang lebih luas sukar dicapai.

Asrul Hadi Abdullah SaniAsrul Sani.

Beliau berkata parti seperti PAS, Berjasa, Putra dan Iman mempunyai identiti politik yang berbeza kerana secara umumnya lebih konservatif dan berteraskan kepentingan umat Islam.

Menurutnya, keadaan itu menyukarkan kerjasama rasmi dengan blok yang lebih progresif kerana pengundi sukar mengenal pasti persamaan platform yang dikongsi oleh mereka.

“Hubungan Umno-DAP menunjukkan betapa sukarnya perkara ini. Walaupun berada dalam kerajaan, kedua-dua pihak masih perlu menguruskan rasa tidak selesa akar umbi selepas berdekad-dekad menjadi seteru.

“Hubungan Umno-Bersatu pula menunjukkan masalah lain. Malah parti-parti yang bersaing untuk kelompok pengundi Melayu yang sama juga boleh menghadapi kesukaran untuk bekerjasama kerana mereka bersaing bagi kerusi dan peranan kepimpinan yang sama,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, Asrul berkata kekangan terbesar yang dihadapi oleh ‘blok progresif’ bukanlah soal ideologi, sebaliknya soal pengaruh politik.

Katanya, Muda dan PSM ketika ini tidak mempunyai kekuatan pilihan raya yang signifikan kerana kedua-duanya belum mampu secara konsisten meraih sokongan pengundi dalam jumlah besar dan memenangi kerusi.

Katanya, faktor ini mengehadkan kemampuan mereka untuk mempengaruhi rundingan serta menetapkan syarat kerjasama.

Menurut Asrul, dalam ruang pembangkang yang semakin sesak, parti-parti besar lebih cenderung mempersoalkan apa sumbangan yang boleh dibawa Muda dan PSM berbanding menyesuaikan pendirian mereka untuk memenuhi kehendak kedua-dua parti itu.

“Sebelum mereka dapat membentuk politik pembangkang, mereka perlu terlebih dahulu membuktikan bahawa mereka mempunyai sokongan pilihan raya yang kuat.

“Sebarang kerjasama kemungkinan didorong oleh pertimbangan pilihan raya dan bukannya dasar yang sama,” katanya.

15 Jun lalu, Muda dan PSM mengumumkan menjalinkan kerjasama politik menerusi pembentukan ‘Blok Progresif’ bagi menghadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan akan datang.

Blok itu bertujuan menawarkan kepada pengundi satu platform sama yang berteraskan dasar-dasar progresif.

Kedua-dua parti turut menyatakan bahawa mereka kekal terbuka untuk berbincang dengan parti dan kumpulan lain yang berkongsi aspirasi politik serta pendirian dasar yang sama

Sementara itu, James Chin dari University of Tasmania berkata sukar untuk Muda-PSM untuk menarik pengundi dengan mesej politik yang dibawa mereka, sambil menyatakan bahawa kedua-dua parti itu juga bergelut untuk membina pangkalan pengundi yang konsisten.

james chinJames Chin.

Beliau berkata, kejayaan Muda sebelum ini yang menyaksikan parti itu memenangi satu kerusi DUN Johor pada 2022 adalah hasil sokongan daripada Pakatan Harapan (PH).

“Sekarang mereka bukan lagi sebahagian daripada PH, orang ramai mempersoalkan sama ada Muda mampu memenangi walaupun satu kerusi.”

Bagaimanapun, Chin berkata apa yang jadi perhatian dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan mungkin tertumpu kepada usaha Muda dan PSM untuk meletakkan diri mereka sebagai kuasa ketiga, sama seperti Bersama.

“Kerjasama Muda-PSM kekal signifikan kerana ia mengekalkan ruang bagi politik progresif di Malaysia,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002611
$0.00002611$0.00002611
+0.19%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order