Park Sung-jae didapati berperanan penting dalam pemberontakan menerusi penglibatannya dalam percubaan bekas Presiden Yoon Suk Yeol melaksanakan undang-undang tenteraPark Sung-jae didapati berperanan penting dalam pemberontakan menerusi penglibatannya dalam percubaan bekas Presiden Yoon Suk Yeol melaksanakan undang-undang tentera

Bekas menteri kehakiman Korea Selatan dipenjara 25 tahun

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Bekas Menteri Kehakiman Korea Selatan Park Sung-jae dijatuhi hukuman penjara 25 tahun atas tuduhan memainkan peranan utama dalam pemberontakan serta menyalahgunakan kuasa selepas memanggil mesyuarat pegawai kanan kementerian susulan pengisytiharan undang-undang tentera. (Gambar EPA Images)

SEOUL: Bekas Menteri Kehakiman Korea Selatan, Park Sung-jae dijatuhi hukuman penjara 25 tahun pada Isnin selepas mahkamah mendapati beliau memainkan peranan penting dalam pemberontakan menerusi penglibatannya dalam percubaan bekas Presiden Yoon Suk Yeol melaksanakan undang-undang tentera, lapor Agensi Berita Yonhap.

Mahkamah Daerah Pusat Seoul menjatuhkan hukuman itu, melebihi hukuman penjara 20 tahun yang dituntut pasukan peguam khas diketuai Cho Eun-suk.

Mahkamah turut mengarahkan Park ditahan serta-merta atas kebimbangan beliau berkemungkinan memusnahkan bukti.

Park sebelum ini didakwa atas tuduhan memainkan peranan utama dalam pemberontakan serta menyalahgunakan kuasa selepas memanggil mesyuarat pegawai kanan kementerian susulan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon pada 3 Dis 2024.

Mahkamah mensabitkan beliau atas kedua-dua pertuduhan itu dan menerima hujah pihak pendakwa bahawa mesyuarat berkenaan diadakan untuk meneliti penempatan pendakwa raya ke sebuah badan yang menyokong pelaksanaan undang-undang tentera, menilai kapasiti pusat tahanan bagi menempatkan ahli politik dan tokoh penting yang dijangka ditahan di bawah perintah itu, serta mengarahkan pegawai kementerian yang bertanggungjawab terhadap larangan perjalanan supaya melapor diri untuk bertugas.

“Defendan membelakangi tanggungjawabnya untuk mempertahankan Perlembagaan apabila melihat kemungkinan pemberontakan itu berjaya, memilih untuk turut serta dalam pelaksanaannya,” menurut mahkamah.

Park merupakan antara beberapa anggota Kabinet Yoon yang telah disabitkan kesalahan kerana memainkan peranan penting dalam pemberontakan, termasuk bekas Perdana Menteri Han Duck-soo dan bekas Menteri Pertahanan Kim Yong-hyun.

Pada Februari lalu, Yoon dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana mengetuai pemberontakan menerusi pelaksanaan singkat undang-undang tentera. Beliau telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Peguam Park berkata mereka akan segera mengemukakan rayuan, sambil menyifatkan keputusan itu sebagai ‘penghakiman yang tidak disokong fakta atau prinsip undang-undang’.

Bagaimanapun, pasukan peguam khas berpandangan penghakiman itu telah memperjelaskan tanggungjawab seorang menteri kehakiman untuk menghalang pengisytiharan undang-undang tentera yang menyalahi undang-undang serta mempertahankan perlembagaan, sekali gus menjadikan rayuan oleh pihak pendakwa tidak mungkin dilakukan.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order