Dua Adun PH Kedah berkata rakyat sudah bijak menilai berdasarkan prestasi sebenar dan percaya gelombang PAS-PN di negeri itu tidak lagi sekuat digambarkan.Dua Adun PH Kedah berkata rakyat sudah bijak menilai berdasarkan prestasi sebenar dan percaya gelombang PAS-PN di negeri itu tidak lagi sekuat digambarkan.

36-0 sekadar impian politik Sanusi, kata Adun PH

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
sanusi norJumaat lalu Sanusi Nor berkata PN berpotensi menang 36-0 di Kedah seperti kejayaan PAS menyapu bersih semua DUN di Terengganu pada PRN 2023. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Keyakinan Menteri Besar Sanusi Nor Perikatan Nasional mampu menyapu bersih 36 kerusi pada PRN akan datang disifatkan wakil rakyat Pakatan Harapan sekadar impian politik.

Adun Sidam daripada PKR, Bau Wong Bau Ek, berkata rakyat perlu menilai kerajaan berdasarkan prestasi sebenar bukannya persepsi yang cuba dibina.

Bau Wong Bau EkBau Wong Bau Ek.

‘Itu impian mereka, sama seperti apa yang dia (Sanusi) umumkan sebelum ini. Bermacam-macam yang dia impikan dan umumkan nak buat di Kedah, tetapi satu pun tak berjaya.

“Bagi saya, rakyat kena tengok kepada prestasi, bukan tengok kepada persepsi,” katanya kepada FMT.

Jumaat lalu Sanusi berkata, PN berpotensi menang 36-0 di Kedah seperti kejayaan PAS menyapu bersih semua DUN di Terengganu pada PRN 2023.

Sanusi dilaporkan berkata, sasaran itu tidak mustahil dicapai berdasarkan momentum semasa PN selain mendakwa parti lawan semakin berpecah dan hilang sokongan rakyat.

Menyusuli kenyataan itu, Ketua Umno Pokok Sena, Said Ali Said Rastan, berkata isu pembangunan dan ekonomi Kedah yang perlahan menimbulkan persoalan terhadap kemampuan PN menyapu bersih semua DUN.

Beliau menganggap keyakinan Sanusi sebagai retorik kerana prestasi kerajaan negeri tidak menunjukkan pencapaian yang cukup kukuh.

Dalam pada itu, Bau mendakwa sokongan terhadap PN kali ini tidak lagi sekuat PRN lalu kerana berlaku perpecahan dalam kalangan penyokong parti komponen gabungan tersebut.

“Kalau PRN yang lepas mereka dapat sokongan daripada ahli Bersatu dan ahli Umno, tetapi saya rasa kali ini sokongan itu berpecah,” katanya.

Sementara itu, Adun Kota Darul Aman daripada DAP, Teh Swee Leong, turut menyifatkan sasaran berkenaan retorik politik yang jauh daripada realiti sebenar di lapangan.

Teh Swee LeongTeh Swee Leong.

Katanya, gelombang PAS-PN di Kedah tidak lagi sekuat digambarkan kerana landskap politik semasa sudah berubah dan pengundi kini lebih matang dalam menilai prestasi kerajaan.

“Pengundi semakin berani menilai prestasi dan tidak lagi mudah terpengaruh dengan laungan angka besar di pentas parti,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri sepatutnya memberi tumpuan kepada isu asas rakyat seperti bekalan air bersih, infrastruktur dan janji projek mega yang masih belum diselesaikan secara tuntas.

“Rakyat Kedah mahukan hasil dan penyelesaian, bukan slogan politik semata-mata. Tiada mana-mana kerusi menjadi hak milik kekal sesebuah parti dalam sistem demokrasi,” katanya.

Pada PRN lalu, PN menang 33 daripada 36 DUN dengan PAS memperoleh 21 kerusi, Bersatu (11) dan Gerakan (1). Tiga lagi kerusi dimenangi PH iaitu DUN Sidam, Kota Darul Aman dan Bakar Arang diwakili Adam Loh Wei Chai daripada PKR.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002759
$0.00002759$0.00002759
-1.46%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel