Ia termasuk peruntukan RM150 juta untuk meneruskan pembinaan 554 unit rumah terbengkalai di Johor dan Terengganu untuk manfaat generasi baharu Felda.Ia termasuk peruntukan RM150 juta untuk meneruskan pembinaan 554 unit rumah terbengkalai di Johor dan Terengganu untuk manfaat generasi baharu Felda.

Anwar umum 7 berita gembira untuk Felda, kerajaan sedia RM2 bilion

Per feedback o dubbi su questo contenuto, contattateci all'indirizzo crypto.news@mexc.com.
anwar ibrahimPerdana Menteri Anwar Ibrahim berkata satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk selesai isu legasi termasuk cadangan pindaan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 yang membolehkan pembinaan lebih daripada sebuah rumah di atas satu lot. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan tujuh berita gembira membabitkan peruntukan RM2 bilion bagi meningkatkan kesejahteraan hidup warga Felda, termasuk penyediaan bantuan serta perumahan bagi generasi baharu serta petugas Felda.

Beliau berkata inisiatif turut melibatkan manfaat kepada warga peneroka melalui Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan literasi digital, pendidikan dan kesihatan, selain menyelesaikan hutang berjumlah RM990 juta yang membelenggu Felda sejak sekian lama.

“Tidak adil untuk menyalahkan peneroka kerana yang berlaku ialah kelemahan pengurusan. Sebab itu kerajaan mengambil tanggungjawab membantu Felda dan memastikan tadbir urus diperkukuh.

“Justeru, sebanyak RM990 juta disediakan bagi membiayai bayaran balik pinjaman termasuk penghapusan hutang peneroka, selain menyalurkan lebih RM1 bilion lagi pada tahun 2027,” katanya sempena Sambutan Hari Peneroka dan Ulang Tahun Ke-70 Felda di Maran semalam, menurut Sinar Harian.

Berhubung isu perumahan generasi baharu, beliau berkata, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan khusus untuk menyelesaikan isu legasi membabitkan lima inisiatif strategik, termasuk cadangan pindaan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 bagi membolehkan pembinaan lebih daripada sebuah rumah di atas satu lot.

Menurutnya, draf pindaan berkenaan perlu disiapkan dalam tempoh dua bulan sebelum dibawa ke Jemaah Menteri dan dibentangkan di Parlimen tahun ini.

Beliau berkata, sementara pindaan diluluskan, proses pemutihan akan dilaksanakan terhadap kira-kira 8,000 unit rumah yang telah siap dibina dan diduduki sehingga 31 Disember 2025.

“Langkah itu membolehkan pemilik mendapatkan penyambungan bekalan air dan elektrik dengan segera,” katanya.

Bagi isu rumah terbengkalai, Anwar berkata kerajaan meluluskan peruntukan RM150 juta untuk meneruskan pembinaan 554 unit rumah di Johor dan Terengganu untuk manfaat generasi baharu Felda.

Katanya, tambahan peruntukan RM20 juta turut diluluskan untuk Projek SKF di dua lokasi iaitu Laka Selatan, Kedah membabitkan 86 unit rumah dan Palong 16, Negeri Sembilan sebanyak 100 unit

“Kedua-dua projek berkenaan kini berada pada tahap kemajuan antara 60 hingga 70% namun berdepan kekangan kekurangan baki peruntukan.

“Bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan generasi baharu Felda terbela, saya meluluskan tambahan RM20 juta untuk menyelesaikan projek ini,” katanya yang menambah Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) bermula sejak 2013 akan dipantau lebih ketat selepas banyak yang mengalami kelewatan.

Sementara itu, Anwar berkata perkara berhubung lot generasi Felda juga akan menjadi agenda utama dalam Mesyuarat Perdana Menteri bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Ogos ini bagi mencari penyelesaian bersama, termasuk kos infrastruktur dan pemberimilikan tanah.

Katanya, sebanyak 31,954 lot telah dikenal pasti di beberapa negeri, namun lebih 21,000 lot masih belum menerima hak milik.

“Bagi memperkukuh kebajikan warga Felda, kerajaan turut meluluskan RM450 juta bagi membaik pulih dan membina rumah baharu petugas Felda secara berperingkat.

“Selain itu, sebanyak RM15.85 juta diperuntukkan bagi meningkatkan kemudahan digital di 317 rancangan Felda

“Kerajaan juga bersetuju mengembalikan model asal penjualan minyak sawit mentah sebelum penyenaraian FGV bagi meningkatkan keuntungan kilang sawit dan KPF. Ia dijangka menjana tambahan pendapatan sebanyak RM42 juta kepada warga peneroka,” katanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: gli articoli ripubblicati su questo sito provengono da piattaforme pubbliche e sono forniti esclusivamente a scopo informativo. Non riflettono necessariamente le opinioni di MEXC. Tutti i diritti rimangono agli autori originali. Se ritieni che un contenuto violi i diritti di terze parti, contatta crypto.news@mexc.com per la rimozione. MEXC non fornisce alcuna garanzia in merito all'accuratezza, completezza o tempestività del contenuto e non è responsabile per eventuali azioni intraprese sulla base delle informazioni fornite. Il contenuto non costituisce consulenza finanziaria, legale o professionale di altro tipo, né deve essere considerato una raccomandazione o un'approvazione da parte di MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs