Kerjasama itu menggabungkan syarikat berita dwibahasa terbesar negara dengan saluran audio siar terbesar bagi isu semasa menerusi program 'Future Speaks'.Kerjasama itu menggabungkan syarikat berita dwibahasa terbesar negara dengan saluran audio siar terbesar bagi isu semasa menerusi program 'Future Speaks'.

FMT, Keluar Sekejap jalin kerjasama bersejarah

Per feedback o dubbi su questo contenuto, contattateci all'indirizzo crypto.news@mexc.com.
KS X FMT CollaborationPengarah Keluar Sekejap Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan (kiri), bersama Pengerusi Eksekutif FMT Nelson Fernandez dan Pengarah Urusan Azeem Abu Bakar berhasrat menjalin kerjasama bagi memperkukuhkan kehadiran mereka dalam landskap media Malaysia.

PETALING JAYA: Free Malaysia Today (FMT) dan Keluar Sekejap bekerjasama menerusi pakatan media bersejarah yang menggabungkan syarikat berita dwibahasa terbesar negara dengan saluran audio siar terbesar bagi isu semasa serta analisis.

Selepas menandatangani memorandum kerjasama hari ini, kedua-dua syarikat mengumumkan Future Speaks, program jenama bersama pertama yang menampilkan suara awam baharu, dengan lebih banyak inisiatif bersama dirancang.

Pengerusi Eksekutif FMT, Nelson Fernandez, berkata kerjasama ini menyatukan dua organisasi dengan kekuatan saling melengkapi.

“Keluar Sekejap menetapkan penanda aras bagi wawancara serius dan analisis di negara ini. FMT pula ialah organisasi media penuh dengan pelbagai segmen, capaian luas serta operasi berita mantap.

“Kita boleh bersama membentuk kuasa media untuk isu semasa, dasar dan perniagaan.”

Pengarah Keluar Sekejap, Khairy Jamaluddin, berkata beliau sudah lama mempertimbangkan kerjasama ini, yang dilihatnya sebagai perkongsian antara dua jenama mencabar dominasi media tradisi.

“Kami adalah dua jenama media dinamik, mencabar penguasaan media tradisi terhadap berita dan komentar. Jadi, saya mendekati Dato’ Nelson di FMT dan bertanya sama ada kita boleh bekerjasama, malah menghasilkan produk berita bersama, sebelum memikirkan sesuatu yang lebih mendalam.

“Kami menggerakkan pasukan masing-masing untuk menghasilkan sesuatu yang segar serta memanfaatkan kekuatan Keluar Sekejap dan FMT, sesuatu yang saya percaya boleh berkembang menjadi lebih besar.”

Pengarah Urusan FMT, Azeem Abu Bakar, berkata kerjasama ini akan menggabungkan kekuatan tersendiri kedua-dua syarikat, dengan masing-masing menawarkan sesuatu yang tidak dimiliki pihak lain ketika ini.

“KS dan FMT memfokuskan dasar, politik, ekonomi serta titik pertemuan antara perniagaan dan politik. Apa yang dilakukan KS dengan cemerlang ialah wawancara mendalam yang menyingkap pemikiran sebenar individu yang mereka temui.

“FMT gemar melaporkan berita dan menjelaskannya dengan cara mudah untuk orang ramai memahaminya. Dengan menggabungkan kekuatan itu, wujud tawaran unik yang kami harap tiada tandingan. Itulah rancangannya.”

Pengarah Keluar Sekejap, Shahril Hamdan, berkata kerjasama ini mencabar tanggapan lama bahawa organisasi berita dan audio siar perlu menjadi pesaing.

“Kita adalah bahagian berbeza dalam landskap media, tetapi FMT merupakan organisasi berita lebih berwawasan dan berfikiran ke hadapan. Ini tentang peluasan merentas platform dan membantu satu sama lain menghasilkan output yang mungkin sukar dicapai jika bersendirian.”

Dalam episod Keluar Sekejap seterusnya, Khairy menggambarkan kerjasama ini sebagai dua jenama terkenal yang menggabungkan kekuatan tersendiri.

“KS membawa platform, hos serta khalayak yang telah lama mempercayai kami, manakala FMT hadir sebagai kuasa media, salah satu portal berita paling berpengaruh di Malaysia. Ini bukan sekadar audio siar diberi liputan. Ini adalah dua jenama besar yang menggabungkan kekuatan masing-masing.

“Melalui kerjasama dengan FMT, yang mempunyai pengaruh berita sangat luas di Malaysia sehingga hari ini yang mungkin sudah mengatasi agensi berita arus perdana atau tradisi, kami merasakan platform ini boleh membawa Keluar Sekejap berkembang lebih jauh lagi.”

Future Speaks

Future Speaks akan mengenal pasti pemimpin baharu dalam bidang politik, perniagaan dan dasar awam, serta memberi pentas kepada mereka berkongsi idea. Setiap penampilan akan diperkukuhkan melalui liputan dan laporan susulan oleh FMT.

Khairy berkata, program ini menyasarkan generasi muda yang terasing daripada politik dan dasar.

“Melalui Future Speaks, kami mahu mengenal pasti anak muda yang boleh membawa perbualan ini ke peringkat nasional.

“Ramai anak muda, khususnya Gen Z, mempunyai pandangan dan idea baik, tetapi berasa terasing daripada politik dan isu semasa, mungkin kerana format biasa tidak serasi dengan mereka. Kami mahu membawa perbualan itu kepada mereka dan mengajak mereka turut serta.”

Shahril menegaskan program ini menggabungkan dua kekuatan utama rakan kerjasama ini.

“Ia adalah pemilihan bakat baharu dan penguatan merentas platform. Gabungkan kedua-dua perkara ini dan itulah sebenarnya inti pati perkongsian ini.”

Azeem berkata, Keluar Sekejap mempunyai rekod kejayaan dalam meningkatkan profil tetamu kurang dikenali dan FMT akan memperluaskan capaian itu.

“Ada personaliti yang kurang dikenali mendapat perhatian selepas muncul di Keluar Sekejap. FMT akan memperkuatkan perbualan itu melalui liputan dan laporan susulan kami, jadi bersama kami memberi bakat baharu peluang untuk dikenali ramai.”

“Suatu hari nanti, ada dalam kalangan mereka mungkin menjadi pemimpin masa depan negara.”

Landskap media berubah-ubah

Kerjasama ini berlaku ketika pasaran pengiklanan yang menjadi sumber utama pembiayaan kebanyakan media Malaysia mengalami penyusutan mendadak dan berterusan. Statistik Kenanga Research menunjukkan jumlah keseluruhan perbelanjaan iklan merosot sekitar 22% pada 2025, dengan sebahagian besar perbelanjaan iklan digital mengalir ke platform global seperti Meta, Google dan TikTok berbanding penerbit tempatan.

Penerbit turut kehilangan trafik carian apabila alat AI semakin banyak menjawab pertanyaan secara langsung, dan pemfailan syarikat terkini menunjukkan kebanyakan syarikat media di Malaysia mengalami kerugian atau beroperasi dengan margin keuntungan sangat tipis.

Menghadapi kemerosotan yang tidak menunjukkan tanda pemulihan, FMT dan Keluar Sekejap antara segelintir entiti media mencatat keuntungan sambil memperluaskan capaian mereka.

Azeem berkata, kerjasama ini merupakan respons terhadap industri yang mengalami gangguan kekal dan isyarat kepada pihak laindalam sektor itu.

“Industri ini sedang berubah dan semakin mencabar bagi media. Dengan cara tersendiri, kami berjaya melakukannya. Apa yang kami cuba lakukan ialah menggabungkan apa yang berkesan dan menyerlahkan kekuatan kedua-dua pihak untuk membina sesuatu yang berkekalan.

“Setiap pihak perlu menilai dengan teliti apa yang mereka kuasai dan bekerjasama supaya dapat menawarkan sesuatu yang bernilai. Bagi kami, kerjasama ini adalah jawapannya. Kami mahu fokus menganalisis isu semasa, memahami pelbagai perspektif dan menjelaskannya kepada orang ramai dengan berkesan.”

Platform neutral, terbuka kepada semua

Khairy, yang kembali aktif berpolitik bersama Umno, menjawab kebimbangan sebahagian pendengar bahawa kedudukannya mungkin mempengaruhi platform itu dengan menegaskan Keluar Sekejap akan kekal neutral.

“Ramai bimbang tentang kedudukan saya kerana menyertai Umno semula, dan ada yang merasakan ia membentuk pandangan saya. Itulah sebabnya KS mesti kekal sebagai ruang neutral.

“Untuk Future Speaks, kami sudah bertemu dengan ahli parti lain. Wawasan kami ialah KS menjadi ruang di mana semua pihak diwakili.”

Shahril berkata, kerjasama ini akan memanfaatkan khalayak yang telah dibina kedua-dua jenama untuk menonjolkan bakat baharu.

“Kami sudah mempunyai platform, khalayak dan pengikut, jadi mengapa tidak buka ruang itu kepada bakat yang bukan sahaja dicari KS, tetapi juga boleh ditemui FMT. FMT telah lama berusaha melakukan perkara sama dan mempunyai rangkaian tersendiri dalam sesetengah bidang lebih luas daripada kami.

“Jika mereka boleh membawa suara ini ke platform bersama, kami akan memberi liputan penuh, sama ada di Semenanjung, Sabah atau Sarawak. Kami akan kekal tidak berpihak serta terbuka kepada semua dan setiap episod akan digerakkan bersama oleh KS dan FMT.”

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: gli articoli ripubblicati su questo sito provengono da piattaforme pubbliche e sono forniti esclusivamente a scopo informativo. Non riflettono necessariamente le opinioni di MEXC. Tutti i diritti rimangono agli autori originali. Se ritieni che un contenuto violi i diritti di terze parti, contatta crypto.news@mexc.com per la rimozione. MEXC non fornisce alcuna garanzia in merito all'accuratezza, completezza o tempestività del contenuto e non è responsabile per eventuali azioni intraprese sulla base delle informazioni fornite. Il contenuto non costituisce consulenza finanziaria, legale o professionale di altro tipo, né deve essere considerato una raccomandazione o un'approvazione da parte di MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs