Fakhrudin Abd Karim mengaku tak salah guna wang hasil aktiviti haram bagi bayar rumah banglo, kad kredit dan beberapa kenderaan mewah.Fakhrudin Abd Karim mengaku tak salah guna wang hasil aktiviti haram bagi bayar rumah banglo, kad kredit dan beberapa kenderaan mewah.

Bekas pegawai Ikram didakwa ubah wang haram RM18 juta

2026/06/25 11:15
2 min di lettura
Per feedback o dubbi su questo contenuto, contattateci all'indirizzo crypto.news@mexc.com.
FakhrudinBekas pegawai Ikram Hulu Selangor, Fakhrudin Abd Karim, ketika didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alaam pada 16 Jun lalu atas 158 pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM98.27 juta.

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai NGO Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Hulu Selangor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 17 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan transaksi hampir RM18 juta bagi membayar rumah banglo, kad kredit dan kenderaan mewah.

Fakhrudin Abd Karim, 57, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan, Fakhrudin didakwa atas empat tuduhan memindahkan wang hasil aktiviti haram berjumlah RM10.54 juta daripada akaun Ehsan Cares Solution Sdn Bhd bagi pembayaran pembinaan sebuah banglo di Bandar Kundang, Gombak.

Dia juga didakwa atas tiga tuduhan memindahkan RM2.66 juta daripada akaun sama bagi pembayaran kad kredit miliknya dan 10 tuduhan memindahkan RM4.79 juta daripada akaun sama ke akaun dua syarikat bagi pembayaran beberapa kenderaan mewah.

Antara kenderaan mewah itu termasuk Mercedes-Benz AMG S63, Range Rover SVA, Porsche 911 Carrera S, Porsche 911 Turbo S, Toyota Alphard dan Lexus RX300.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di dua cawangan bank di Bangsar dan Jalan Sultan Ismail antara 6 Jan 2021 hingga 21 Apr 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Ogos untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya SPRM, Ahmad Akram Gharib manakala tertuduh diwakili peguam N Sivananthan.

Pada 16 Jun lalu, Fakhrudin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas 158 pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai pegawai Pertubuhan Ikram Malaysia Hulu Selangor bagi memperoleh suapan berjumlah RM98.27 juta.

Dia didakwa mengarahkan pemindahan dana milik NGO itu kepada sebuah syarikat pengurusan yang mempunyai kaitan dengannya serta ke akaun bank miliknya sendiri antara 6 Jan 2021 hingga 6 Ogos 2025.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: gli articoli ripubblicati su questo sito provengono da piattaforme pubbliche e sono forniti esclusivamente a scopo informativo. Non riflettono necessariamente le opinioni di MEXC. Tutti i diritti rimangono agli autori originali. Se ritieni che un contenuto violi i diritti di terze parti, contatta crypto.news@mexc.com per la rimozione. MEXC non fornisce alcuna garanzia in merito all'accuratezza, completezza o tempestività del contenuto e non è responsabile per eventuali azioni intraprese sulla base delle informazioni fornite. Il contenuto non costituisce consulenza finanziaria, legale o professionale di altro tipo, né deve essere considerato una raccomandazione o un'approvazione da parte di MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order