Wakil PAS Aziz Ahmad, Jamil Kamis dan Ahmad Adnan Fadzil masing-masing dilantik penyelaras DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji.Wakil PAS Aziz Ahmad, Jamil Kamis dan Ahmad Adnan Fadzil masing-masing dilantik penyelaras DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji.

PAS Perlis rakam penghargaan selepas dilantik penyelaras 3 DUN

2026/06/22 10:12
2 min di lettura
Per feedback o dubbi su questo contenuto, contattateci all'indirizzo crypto.news@mexc.com.
Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah menyerahkan watikan pelantikan penyelaras DUN Chuping kepada wakil PAS Aziz Ahmad di kediaman rasmi menteri besar pada Sabtu lalu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: PAS Perlis merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah selepas tiga wakil parti itu dilantik sebagai penyelaras di tiga DUN yang sebelum ini disandang PAS.

PAS Perlis berkata pelantikan penyelaras di DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji itu mampu memperkukuh hubungan antara kepimpinan dan rakyat serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan di peringkat akar umbi.

Tiga penyelaras itu adalah Aziz Ahmad (Chuping), Jamil Kamis (Bintong) dan Ahmad Adnan Fadzil (Guar Sanji), yang menerima watikah pelantikan daripada Abu Bakar pada Sabtu lalu di kediaman rasmi beliau.

“PAS Perlis turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Perlis atas kepercayaan yang diberikan kepada ketiga-tiga tokoh ini untuk memikul amanah tersebut.

“Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan hubungan antara kepimpinan dan rakyat serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan di peringkat akar umbi,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Pada Feb lalu, Abu Bakar mengesahkan menerima permohonan PAS Perlis melantik penyelaras bagi tiga DUN tetapi mesyuarat exco memutuskan penghulu dilantik bagi memantau Pusat Khidmat Menteri Besar ditubuhkan di tiga kawasan itu.

Menurutnya, PAS mencalonkan bekas menteri besar yang juga Adun Sanglang Shukri Ramli sebagai penyelaras DUN Guar Sanji menggantikan bekas Adun Ridzuan Hashim; Adun Santan Muhammad Azmir Azizan sebagai penyelaras DUN Chuping dan Adun Kayang Asrul Aimran Abd Jalil untuk DUN Bintong.

PAS sebelum ini menyatakan ia enggan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan negeri pimpinan Abu Bakar daripada Bersatu.

PAS menghentikan serta-merta keahlian Adun Chuping Saad Seman, Adun Bintong Fakhrul Anwar Ismail dan Adun Guar Sanji Ridzuan Hashim pada 24 Dis lalu kerana bersama lima Adun Bersatu menandatangani akuan berkanun bagi menarik sokongan kepada Shukri.

DUN Perlis kemudian menyerahkan notis pengosongan tiga kerusi itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri pada 29 Dis lalu, tetapi Pengerusi SPR Ramlan Harun dilaporkan berkata tiada PRK bagi tiga kerusi itu selepas DUN Perlis menarik semula pemakluman kekosongan berkenaan pada 31 Dis lalu.

Speaker DUN Perlis Rus’sele Eizan dilaporkan berkata, walaupun tiada PRK tiga kerusi itu kekal kosong sehingga PRU16, selepas mengambil kira perkembangan terkini, termasuk pendirian PAS yang memberi jaminan akan terus komited mengekalkan kelangsungan dan kestabilan kerajaan negeri.

Krisis politik Perlis menyaksikan peralihan jawatan menteri besar daripada PAS kepada Bersatu.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: gli articoli ripubblicati su questo sito provengono da piattaforme pubbliche e sono forniti esclusivamente a scopo informativo. Non riflettono necessariamente le opinioni di MEXC. Tutti i diritti rimangono agli autori originali. Se ritieni che un contenuto violi i diritti di terze parti, contatta crypto.news@mexc.com per la rimozione. MEXC non fornisce alcuna garanzia in merito all'accuratezza, completezza o tempestività del contenuto e non è responsabile per eventuali azioni intraprese sulla base delle informazioni fornite. Il contenuto non costituisce consulenza finanziaria, legale o professionale di altro tipo, né deve essere considerato una raccomandazione o un'approvazione da parte di MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order