Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial kata rayuan itu bertentangan dengan pendirian kerajaan untuk mengharamkan vape.Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial kata rayuan itu bertentangan dengan pendirian kerajaan untuk mengharamkan vape.

Gugur rayuan berkait keputusan cecair vape, kata pusat Galen

2026/06/15 16:09
2 min di lettura
Per feedback o dubbi su questo contenuto, contattateci all'indirizzo crypto.news@mexc.com.
vape vapingMahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Mei 2025 memutuskan bahawa keputusan Kementerian Kesihatan mengeluarkan nikotin cecair dan gel daripada senarai racun adalah tidak sah serta tidak rasional.

PETALING JAYA: Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial menggesa menteri kesihatan serta kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan perintah menteri yang mengecualikan nikotin cecair dan gel daripada senarai racun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrul Khalib, berkata adalah sesuatu yang ‘mendukacitakan’ apabila seorang menteri kesihatan sekali lagi mengambil pendirian yang tidak memihak kepada kepentingan kesihatan awam.

Beliau turut merujuk kepada kenyataan menteri berkenaan pada 2025 bahawa Malaysia sedang bergerak ke arah pelaksanaan larangan vape di seluruh negara.

“Malaysia tidak boleh mendakwa sedang menuju ke arah larangan vape sambil pada masa yang sama merayu keputusan mahkamah ini. Kedua-dua pendirian ini tidak selari,” katanya dalam satu kenyataan.

Kementerian Kesihatan pada 2023 memutuskan untuk mengeluarkan nikotin cecair dan gel daripada senarai racun, satu langkah yang kemudiannya dicabar oleh beberapa kumpulan kesihatan awam.

Pada 15 Mei tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa keputusan tersebut adalah tidak sah dan tidak rasional kerana dibuat tanpa perundingan yang sewajarnya dengan Lembaga Racun.

Susulan itu, kementerian memaklumkan bahawa ia sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang lanjut.

Portal berita kesihatan CodeBlue sebelum ini melaporkan bahawa notis rayuan terhadap keputusan mahkamah itu telah difailkan pada 12 Jun.

FMT menghubungi Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan maklum balas.

Azrul berkata kerajaan sepatutnya menerima keputusan Mahkamah Tinggi itu dan menjadikannya sebagai peluang untuk membetulkan apa yang beliau sifatkan sebagai kesilapan dasar.

Beliau menambah meneruskan rayuan tersebut memberi gambaran bahawa kerajaan lebih mengutamakan ‘dasar yang gagal’ berbanding kebimbangan kesihatan awam berkaitan ketagihan nikotin dan penggunaan vape.

“Ia menjejaskan komitmen tersebut dan menimbulkan kekeliruan mengenai pendirian sebenar kerajaan. Malah pihak polis sendiri berulang kali menyeru supaya peranti ini diharamkan,” katanya.

Opportunità di mercato
Logo Katana Inu
Valore Katana Inu (KATA)
$0.00002759
$0.00002759$0.00002759
-1.46%
USD
Grafico dei prezzi in tempo reale di Katana Inu (KATA)

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: gli articoli ripubblicati su questo sito provengono da piattaforme pubbliche e sono forniti esclusivamente a scopo informativo. Non riflettono necessariamente le opinioni di MEXC. Tutti i diritti rimangono agli autori originali. Se ritieni che un contenuto violi i diritti di terze parti, contatta crypto.news@mexc.com per la rimozione. MEXC non fornisce alcuna garanzia in merito all'accuratezza, completezza o tempestività del contenuto e non è responsabile per eventuali azioni intraprese sulla base delle informazioni fornite. Il contenuto non costituisce consulenza finanziaria, legale o professionale di altro tipo, né deve essere considerato una raccomandazione o un'approvazione da parte di MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel