Polis berkata suspek mengaku menyamun kerana berhutang dengan along dan individu lain.Polis berkata suspek mengaku menyamun kerana berhutang dengan along dan individu lain.

Kelindan lori ditahan samun kedai serbaneka akibat hutang

2026/06/13 09:59
1 min di lettura
Per feedback o dubbi su questo contenuto, contattateci all'indirizzo crypto.news@mexc.com.
handcuffPemangku Ketua Polis Melaka Tengah Halim Abas berkata suspek ditahan di Solok Bukit Bayan, Bukit Katil kira-kira 3.30 petang Khamis lalu.

PETALING JAYA: Seorang kelindan lori ditahan selepas menyamun beberapa kedai serbaneka 24 jam di Melaka Tengah untuk mendapatkan wang akibat dibelenggu hutang, termasuk along.

Pemangku Ketua Polis Melaka Tengah, Halim Abas, berkata suspek 27 tahun itu ditahan di Solok Bukit Bayan, Bukit Katil kira-kira 3.30 petang kelmarin.

Menurutnya, enam kes samun kedai serbaneka 24 jam di sekitar daerah itu membabitkan kerugian kira-kira RM1,500 selesai.

“Suspek berpura-pura menjadi pelanggan sebelum mengacukan pisau kepada pekerja dan memaksa mereka menyerahkan wang tunai, sebelum melarikan diri menggunakan motosikal yang diletakkan berhampiran premis,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, suspek yang tiada rekod jenayah lampau dan negatif dadah, mengaku menyamun kerana berhutang dengan along serta individu lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dan samun menggunakan senjata, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta boleh didenda atau disebat, jika sabit kesalahan.

Opportunità di mercato
Logo Star Atlas DAO
Valore Star Atlas DAO (POLIS)
$0.01131
$0.01131$0.01131
+2.26%
USD
Grafico dei prezzi in tempo reale di Star Atlas DAO (POLIS)

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: gli articoli ripubblicati su questo sito provengono da piattaforme pubbliche e sono forniti esclusivamente a scopo informativo. Non riflettono necessariamente le opinioni di MEXC. Tutti i diritti rimangono agli autori originali. Se ritieni che un contenuto violi i diritti di terze parti, contatta crypto.news@mexc.com per la rimozione. MEXC non fornisce alcuna garanzia in merito all'accuratezza, completezza o tempestività del contenuto e non è responsabile per eventuali azioni intraprese sulla base delle informazioni fornite. Il contenuto non costituisce consulenza finanziaria, legale o professionale di altro tipo, né deve essere considerato una raccomandazione o un'approvazione da parte di MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage