Sultan Nazrin Shah bertitah AI dan sistem media sosial kini digunakan untuk mempengaruhi belia dengan naratif kebencian dan perpecahan pada skala besar.Sultan Nazrin Shah bertitah AI dan sistem media sosial kini digunakan untuk mempengaruhi belia dengan naratif kebencian dan perpecahan pada skala besar.

Sultan Perak bimbang sistem media sosial jadi senjata ekstremisme agama

2026/06/12 17:28
2 min di lettura
Per feedback o dubbi su questo contenuto, contattateci all'indirizzo crypto.news@mexc.com.
Sultan Nazrin Shah, Anwar Ibrahim dan Mohammad Abdul Kareem Al-IssaSultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Sidang Kemuncak Pemimpin Agama Antarabangsa Ketiga di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Hadir sama Anwar Ibrahim dan Mohammad Abdul Kareem Al-Issa.

KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah ancaman terbesar terhadap keharmonian masyarakat bukan lagi daripada tokoh agama semata-mata, sebaliknya sistem (algoritma) media sosial dan kandungan kecerdasan buatan (AI) yang menyebarkan fahaman ekstremisme kepada golongan muda.

Baginda bertitah maklumat palsu yang dijana AI kini digunakan untuk mempengaruhi jutaan belia di seluruh dunia dengan naratif kebencian, permusuhan dan perpecahan agama pada skala yang belum pernah berlaku sebelum ini.

“Suara itu bukan milik ilmuwan. Bukan milik imam, paderi, rabbi atau sami.

“Ia suara algoritma yang digunakan untuk mengaut keuntungan oleh pihak mengaku menganut agama sama, tetapi pada masa sama menjadikannya senjata,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Pemimpin Agama Antarabangsa Ketiga di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Turut hadir, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan dan Setiausaha Agung Muslim World League (MWL) Mohammad Abdul Kareem Al-Issa.

Sehubungan itu, Sultan Nazrin bertitah institusi agama perlu segera menyesuaikan pendekatan dengan realiti generasi digital, termasuk memberi kepercayaan dan kuasa sebenar kepada belia dalam proses membuat keputusan.

Dalam titahnya juga, Sultan Nazrin turut menekankan Malaysia sebagai contoh masyarakat majmuk yang berjaya mempertahankan keharmonian antara agama dan budaya.

“Keharmonian bukan bermaksud keseragaman,” titah baginda sambil menyifatkan kepelbagaian kaum, bahasa dan agama sebagai kekuatan terbesar negara.

Baginda turut menyeru pemimpin agama dunia memperkukuh interaksi rentas agama dalam kalangan belia melalui aktiviti harian dan kerja kemasyarakatan supaya keharmonian dapat dipupuk secara praktikal, bukan sekadar retorik.

Sultan Nazrin bertitah dunia memerlukan “sakinah” atau ketenangan yang tidak mampu diwujudkan oleh sistem media sosial dan teknologi semata-mata.

Opportunità di mercato
Logo Gensyn
Valore Gensyn (AI)
$0.02677
$0.02677$0.02677
-4.15%
USD
Grafico dei prezzi in tempo reale di Gensyn (AI)

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: gli articoli ripubblicati su questo sito provengono da piattaforme pubbliche e sono forniti esclusivamente a scopo informativo. Non riflettono necessariamente le opinioni di MEXC. Tutti i diritti rimangono agli autori originali. Se ritieni che un contenuto violi i diritti di terze parti, contatta crypto.news@mexc.com per la rimozione. MEXC non fornisce alcuna garanzia in merito all'accuratezza, completezza o tempestività del contenuto e non è responsabile per eventuali azioni intraprese sulla base delle informazioni fornite. Il contenuto non costituisce consulenza finanziaria, legale o professionale di altro tipo, né deve essere considerato una raccomandazione o un'approvazione da parte di MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage