Pakatan pembangkang diterajui PAS itu melihat Hamzah Zainudin sebagai taruhan terbaik menerajui kempen PRU16.Pakatan pembangkang diterajui PAS itu melihat Hamzah Zainudin sebagai taruhan terbaik menerajui kempen PRU16.

Kembalinya Hamzah demi tonjol imej sederhana PN, kata penganalisis

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
HAMZAH ZAINUDINBekas timbalan presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, melancarkan parti barunya, Parti Wawasan Negara yang dijangka menjadi ahli komponen Perikatan Nasional (PN).

PETALING JAYA: Kembalinya Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang membuka ruang baginya menjadi watak utama kempen PRU Perikatan Nasional (PN) untuk menawan hati pengundi sederhana dan atas pagar, menurut penganalisis.

Pemerhati politik berkata, pakatan pembangkang diterajui PAS itu melihat Hamzah taruhan terbaik mengetuai kempen PRU16, di sebalik penguasaan PAS yang semakin meningkat dalam gabungan tersebut.

Walaupun akar umbi PAS mungkin lebih menyukai Menteri Besar Terengganu yang juga Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai ‘poster boy’, kepimpinan PN nampaknya melihat Hamzah sebagai aset pilihan raya yang lebih kuat.

“PAS akan memilih Hamzah kerana mereka mahu menonjolkan naratif lebih sederhana dan belum mahu meletakkan perdana menteri daripada PAS lagi,” kata Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kepada FMT.

Syaza Shukri.Syaza Shukri.

Beliau berkata, sekembalinya Hamzah akan membantu meredakan kebimbangan dalam kalangan sebahagian pengundi mengenai prospek kerajaan persekutuan diterajui PAS.

Meskipun Samsuri sering dicanang sebagai calon perdana menteri, Syaza berkata, beliau kurang ‘gaya Parlimen’ lantang yang menjadikan Hamzah aset pembangkang.

“Daripada semua pemimpin pembangkang, mungkin kecuali pemimpin PAS lebih muda seperti Ahmad Fadhli Shaari, Hamzah dilihat yang terbaik sebagai ketua pembangkang ketika ini dari segi kelantangannya,” katanya.

Hamzah, yang melancarkan parti baharunya, Parti Wawasan Negara pada Sabtu, diumum dilantik semula sebagai ketua pembangkang selepas dua bulan selepas melepaskan jawatan berkenaan, manakala Samsuri kekal pengerusi PN.

Beliau melancarkan Gerakan Reset sejurus selepas dipecat Bersatu pada Februari, dan sering memperkatakan mengenai keperluan terhadap satu ‘konsensus nasional baharu’ serta reformasi meluas dalam negara.

Bersatu memecat Hamzah pada Februari pastinya kecewa dengan sekembalinya sebagai ketua pembangkang. Namun, parti itu kekal sebagai komponen PN memandangkan PAS menyerahkan kepada parti diterajui Muhyiddin Yassin memutuskan sama ada mahu meninggalkan gabungan itu atau tidak.

Aset tarikan PN

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, berkata kehadiran semula Hamzah hampir sebulan selepas Samsuri dinamakan sebagai penggantinya, mencerminkan kecenderungan Hadi terhadap bekas timbalan presiden Bersatu itu.

Azmi Hassan.

Ia juga menunjukkan PAS memperakui keperluan seorang pemimpin yang mampu menarik minat pengundi di luar pangkalan sokongan terasnya — iaitu pengundi Melayu-Islam — jika ia berharap meraih lebih banyak kemenangan pada pilihan raya, kata Azmi. “Hadi mahu Hamzah menjadi ‘poster boy’. Beliau mahukan seseorang yang boleh dipercayai pengundi.”

Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia, berpandangan langkah tersebut menjurus berlakunya pembahagian tanggungjawab dalam PN antara Hamzah dan Samsuri.

Sivamurugan PandianSivamurugan Pandian.

Katanya, Hamzah akan bertindak sebagai pakar taktik dan penyelaras utama pembangkang di Parlimen, manakala Samsuri akan memainkan peranan strategik yang lebih luas dalam PN, terutamanya bagi pilihan raya.

“Apa-apa pun, nampaknya Hamzah akan menjadi ‘poster boy’ (pada PRU16) kerana beliau ketua pembangkang,” katanya.

Sivamurugan berkata, PAS akan terus berkhidmat sebagai tulang belakang PN, sekali gus memperkukuh pengaruhnya yang semakin berkembang dalam gabungan itu, selain menolak Bersatu ke sudut yang sukar.

“Dengan langkah ini, Bersatu berkemungkinan besar akan berdepan kehilangan pengaruh, modal kepimpinan, dan kekuatan organisasi. Cabaran utamanya adalah untuk menghalang lebih banyak pembelotan serta mentakrifkan semula peranannya dalam landskap pembangkang.”

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00003055
$0.00003055$0.00003055
+4.40%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel