Giorgia Meloni menyokong tindakan ke atas peneroka haram ganas yang mengapi-apikan kebencian dan ekstremisme.Giorgia Meloni menyokong tindakan ke atas peneroka haram ganas yang mengapi-apikan kebencian dan ekstremisme.

PM Itali sokong sekatan terhadap peneroka haram Israel, Ben Gvir

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni seru Kesatuan Eropah (EU) meneliti hala tuju hubungan blok itu dengan Israel. (Gambar EPA Images)

ISTANBUL: Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni berkata Itali menyokong sekatan terhadap peneroka haram Israel dan Menteri Keselamatan Itamar Ben Gvir, sambil menyeru perbincangan lebih meluas mengenai hubungan antara Kesatuan Eropah (EU) dan Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Mengenai perkara ini, saya mahu buat sekali ini, perbincangan di sini melangkaui polemik mudah yang sememangnya cepat meraih perhatian umum,” kata Meloni di Parlimen menjelang Majlis Eropah.

“Ia tidak mencerminkan kepentingan strategik isu ini kepada Itali. Majlis ini perlu meneliti hala tuju hubungan antara Kesatuan Eropah dan Israel,” tambahnya.

Meloni turut menyatakan sokongan terhadap sekatan yang menyasarkan peneroka haram Israel.

“Ya, kepada sekatan terhadap peneroka haram Israel,” katanya.

Beliau menambah, Itali menyokong tindakan terhadap peneroka haram ganas yang mengapi-apikan kebencian dan ekstremisme.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dikehendaki oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sejak 2024 atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin di Gaza yang menyaksikan hampir 73,000 orang terkorban dan lebih 173,000 cedera dalam serangan genosid sejak Oktober 2023.

Israel turut berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang dibawa oleh Afrika Selatan dan disokong beberapa negara, atas dakwaan melakukan genosid di wilayah Palestin itu.

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage