Tabung Kasih@Hawana telah menyalurkan bantuan berjumlah RM2.26 juta kepada 773 pengamal media di seluruh negara sejak ia ditubuhkan pada April 2023.Tabung Kasih@Hawana telah menyalurkan bantuan berjumlah RM2.26 juta kepada 773 pengamal media di seluruh negara sejak ia ditubuhkan pada April 2023.

Anwar umum peruntukan RM1 juta untuk kebajikan pengamal media

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
anwar ibrahimPerdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan ‘berita baik’ pada sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth di Pulau Pinang. (Gambar Bernama)

BUTTERWORTH: Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan RM1 juta bagi Tabung Kasih@Hawana, sebuah dana kebajikan yang diwujudkan untuk membantu pengamal media aktif dan bekas pengamal media yang memerlukan, termasuk bantuan berkaitan kesihatan.

Dana yang diuruskan oleh Bernama itu telah menyalurkan bantuan berjumlah RM2.26 juta kepada 773 pengamal media di seluruh negara sejak ia ditubuhkan pada April 2023.

Anwar turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk meneruskan Dana Inovasi Media bagi menyokong organisasi media tempatan dalam melaksanakan inisiatif inovasi serta memperkukuh transformasi digital dalam industri tersebut.

Beliau berkata sebanyak 72 syarikat media telah menerima RM24.57 juta pembiayaan daripada inisiatif itu, yang diperuntukkan sebanyak RM30 juta pada tahun lalu.

“Peruntukan sudah sedia untuk digunakan. Kita tambah supaya tidak ada gangguan kepada dana tersebut.

“Jadi, ini berita baik. Teruskan kerja baik,” kata Anwar yang juga menteri kewangan ketika melancarkan sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth.

Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengumumkan Telekom Malaysia (TM) bersetuju menyumbang RM500,000 kepada dana tersebut sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Fahmi berharap lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan dan firma swasta akan mengikuti contoh TM dalam menyokong organisasi media tempatan melalui kerjasama strategik, termasuk program CSR, penajaan dan inisiatif pembangunan industri.

Beliau berkata ia amat penting memandangkan syarikat media terus berdepan penurunan ketara dalam hasil pengiklanan, dengan perbelanjaan untuk iklan dan pembelian media menurun daripada RM4.5 bilion setahun kepada kira-kira RM2 bilion dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order